Tentang Domain Dot MY (.my / .com.my / .net.my / .org.my / .edu.my)

Domain dot MY (domain berakhir dengan .my) diuruskan oleh MyNIC iaitu sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Ministry of Communications and Multimedia Malaysia) atau KKMM dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

MYNIC adalah pentadbir tunggal untuk semua domain atau alamat laman web yang berakhir dengan .my di Malaysia:

  • .my (domain umum jenama Malaysia)
  • .com.my (untuk perniagaan)
  • .org.my (untuk organisasi)
  • .net.my (untuk perniagaan atau organisasi)
  • .edu.my (untuk institusi pendidikan)
  • .gov.my (untuk agensi kerajaan)
  • .mil.my (untuk tentera)
  • .name.my (untuk individu)

Tempoh Proses dan Aktif Domain Dot MY

Pendaftaran Domain dot MY boleh dimohon 24 jam sehari secara dalam talian (online), namun ia tidak akan aktif dengan serta merta sebaliknya hanya akan disemak dan diproses oleh pihak MyNIC terlebih dulu mengikut waktu kerja pejabat kerajaan:

  • 8 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

Domain MYNIC tidak akan diproses di luar dari waktu pejabat kerajaan Malaysia (cth waktu malam, hari cuti hujung minggu, cuti umum dan lain-lain).

Manakala tempoh aktif DNS juga agak lama. Biasanya antara 8 hingga 12 jam selepas domain tersebut diapprove oleh MYNIC.

Jika domain Dot MY disubmit pada sebelah malam hingga ke awal pagi, lazimnya ia akan aktif pada tengah hari atau lewat petang keesokannya.

Jika domain Dot MY disubmit pada Sabtu, Ahad dan hari cuti umum maka ia akan diproses pada hari bekerja berikutnya (cth Isnin).

Harga domain .MY:

Dikemaskini: November 2014

  • RM9.90 – .my
  • RM9.90 – .com.my
  • RM9.90 – .net.my
  • RM9.90 – .org.my
  • RM99.00 – .edu.my

Harga “International Domains”:

  • RM33.50 – .com
  • RM33.50 – .net
  • RM33.50 – .org
  • RM33.50 – .biz
  • RM33.50 – .info
  • RM33.50 – .ws
  • RM30.00 – .us
  • RM30.00 – .eu
  • RM30.00 – .es